Sejarah SKBB

Sekolah Kebangsaan Bukit Besi adalah sebuah sekolah rendah gred A. Ia terletak di Bandar Bukit Besi, Mukim Jerangau, Daerah Dungun, Terengganu Darul Iman. Sekolah Kebangsaan Bukit Besi dikategorikan sebagai sekolah Luar Bandar. Ia dilengkapi dengan kemudahan awam seperti sistem bekalan air paip, elektrik dan telefon.

Bandar Bukit Besi pada suatu masa dahulu terkenal ke seluruh dunia sebagai Bandar perlombongan bijih besi. Walaubagaimanapun aktiviti perlombongan itu telah ditutup pada awal tahun 1970. Bandar yang terletak di barat Bandar Dungun adalah sebuah Bandar yang distruktur semula dari bekas perlombongan bijih besi. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah dalam Wilayah Ketengah ( Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ). Ia terletak di pinggir lebuhraya Jerangau- Jabor. Bandar Bukit Besi terletak kira – kira 77 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu dan berjarak 40 kilometer dari Bandar Dungun. Melalui lebuhraya Jerangau Jabor ia sejauh 20 kilometer dari pusat pentadbiran Ketengah di Al-Muktafi Billah Shah.
Sejak ditubuhkan pada 1 Januari 1952 lagi, Sekolah Melayu Bukit Besi telah mula menitiskan ilmu kepada para anak didik dengan dikenali sebagai Sekolah Melayu Bukit Besi terletak 100 meter dari tapak sekarang.  Bermula sebagai satu bangunan kayu satu tingkat. Sekolah Melayu Bukit Besi terletak di kawasan perumahan Ketengah yang berbukit, estet kelapa sawit TDM berhad, pejabat – pejabat agensi kerajaan seperti klinik kesihatan, balai polis, syarikat perkayuan dan kawasan hutan primer yang menghijau di Bukit Sri Bangun.
            Pada tahun 1963 nama sekolah yang dahulunya Sekolah Melayu Bukit Besi ditukarkan kepada nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Besi. Nama baru Ini dikekalkan sehingga pada hari ini.
            Bangunan baru sekolah mula dibina ditapak sekarang pada 1978 ( ditapak bekas Sekolah Inggeris Bukit Besi ) dan digunapakai pada 1979. Pertambahan murid dari masa ke semasa telah menambahkan pembinaan bangunan baru pada tahun - tahun 1982, 1985, 2000, 2003 dan 2007. Pada tahun 2003 kelas Pendidikan PRA Sekolah dan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ( PKBP ) telah diadakan di sekolah ini.

Sebelum itu, kita kenal dulu tentang sedikit sebanyak sejarah Bukit Besi..
Bukit Besi pada tahun 1916

Mr Kuhara seorang ahli kaji bumi dari jepun sedang mengkaji bijih besi di Bukit Besi pada 1916

 
Keretapi digunakan untuk pengangkutan bijih besi
Jentera moden yang digunakan untuk melombong bijih besi
  Kilang bagi memproses bijih besi sebelum diangkut menaiki keretapi
Bijih Besi yang diangkut menggunakan keretapi

Itulah sedikit sebanyak tentang sejarah Bukit Besi, sekarang gambar berikutnya memaparkan kenangan-kenangan lama di Sekolah Bukit Besi..
Bangunan lama SKBB

Warga pendidik SKBB


Para pelajar skbb serta aktiviti yang dilakukan..