Saturday, 9 July 2011
Home »
» Sambutan Isra' & Mi'raj 1432H/2011M
Sambutan Isra' & Mi'raj 1432H/2011M
Tarikh: 10 Julai 2011
Hari : Ahad
Masa: 7.30 -9.45 pagi
Tempat : Dewan Gemilang
Program Isra'dan Mi'raj yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam merupakan salah satu daripada Hari Kebesaran dalam Islam yang perlu diberi pendedahan dan pemahaman kepada semua warga sekolah.
Sambutan ini bertujuan membantu warga sekolah memahami dan menghayati peristiwa yang berlaku dan mengambil iktibar daripadanya.
Selain daripada itu ia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cintakan agama, memahami dan mendalami pada setiap masa serta mengetahui tentang mukjizat yang Allah swt kurniakan kepada para nabi dan Rasulnya.
Sambutan Isra dan Mi'raj peringkat sekolah telah dirasmikan oleh Pn Guru Besar Pn Hjh Myshithah binti Mohamad Ali bertempat di Dewan Gemilang SKBB. Majlis ini bermula pada 8.00 dan berakhir pada 9.45 pagi. Antara pengisian adalah Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Wan Khairul Anuar bin Wan Mohamad Imam Besar Masjid Jamek Kg Besut, Kuiz spontan yang dijalankan oleh Ustaz Ahmad Rozali bin Wahab dan Ustazah Zaliha binti Mohamad.
Related Posts:
Selamat Menempuh Peperiksaan UPSR 2011Warga Sekolah Kebangsaan Bukit Besi mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan UPSR kepada calon-calon UPSR tahun 2011..Buat yang terbaik!!!Anda adalah terbaik...… Read More
Pengemaskinian rekod peribadi dalam HRMIS Dimaklumkan kepada semua guru, KPM sedang berusaha meningkatkan pengemaskinian Profil Perkhidmatan dan Rekod Peribadi di dalam HRM dan memandangkan perkara ini diambil kira sebagai KPI kepada KSU dan KPPM, semua… Read More
Majlis Berbuka Puasa serta Penyerahan Wang ZakatTarikh : 14/8/2011 Tempat : Kantin Sekolah SKBB Program : Majlis berbuka puasa serta penyerahan wang zakat. … Read More
Solat hajat di Masjid Bukit BesiTarikh ; 9/12/2011 Tempat : Masjid Bukit Besi, Dungun Program : Solat Hajat kali terakhir bersama ibu bapa serta warga SK Bukit Besi … Read More
Majlis Restu IlmuTarikh : 9/12/2011 Tempat : Dewan Sk Bukit Besi Program : Majlis Restu Ilmu kepada murid murid yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR 2011 … Read More
0 comments:
Post a Comment