Monday, 8 August 2011

ihya ramadhan

Panitia Agama Islam SK Bukit Besi telah melancarkan program Ihya Ramadhan pada 7 Ogos 2011 di Dewan Gemilang.Program ini dirasmikan oleh Pn Guru Besar. Penyelaras program adalah Ust Ahmad Rozali b Wahab.Program ini sarat dengan aktiviti-aktiviti kerohanian yang mana ia memberi pendedahan, pengajaran dan penghayatan kepada warga sekolah khususnya murid-murid bagi melaksanakan tugas sebagai hamba Allah dengan penuh ikhlas dan tawadhuk kepada Allah swt. 
Antara program yang dianjurkan adalah tadarus al quran, bacaan ayat-ayat lazim, kuiz ceramah dan berbuka puasa bersama murid sekolah. Sambutan kali ini lebih bermakna dengan pemberian buah kurma kepada semua murid. Terima kasih kepada pihak yang menyumbang buah kurma untuk berbuka puasa.
Antara objektif program ini adalah bertujuan untuk mengetahui kelebihan bulan Ramadhan, mencontohi puasa Rasulullah dan bertujuan melahirkan warga sekolah ke arah insan yang lebih sempurna.
Proram ini bertemakan 'Mnesyukuri Nikmat Allah s.wt.






































Related Posts:

  • Majlis Sambutan Maulidur RasulSambutan Maulidur Rasul telah diadakan dengan jayanya dengan kerjasama dari semua pihak..Terima kasih diucapkan.. Sebelum Perarakan Semasa Perarakan … Read More
  • Sarapan PagiTerima kasih kepada Nestle kerana telah menaja sarapan pagi kepada warga SK Bukit Besi pagi ini. Dan dapatlah kami semua bekerja dan belajar dengan penuh semangat. Terima Kasih Nestle.. … Read More
  • Mesyuarat Agung PIBG kali ke 30Satu mesyuarat agong PIBG kali ke-30 telah diadakan di Dewan SK Bukit Besi dan telah dirasmikan oleh YB Dato' Din Bin Adam. … Read More
  • Perbincangan Prestasi Anak-AnakSatu perbincangan prestasi murid-murid linus telah diadakan bagi menambahbaikan prestasi pelajaran serta mencari penyelesaian terhadap permasalahan permasalahan murid-murid linus ini. … Read More
  • Saringan Pertandingan NasyidSatu saringan pertandingan nasyid telah diadakan bagi memilih kumpulan yang layak membuat persembahan pada Hari Sambutan Maulidur Rasul. Setiap kelas bagi tahap 1 dan 2 telah menyertai saringan ini. … Read More

0 comments:

Post a Comment