Pelancaran Bulan Bebas Dadah oleh Puan Guru Besar
Bacaan Ikrar Bebas Dadah oleh Ahmad Syairazi
Pertandingan Puzzle
Program Pencegahan Dadah peringkat SK Bukit Besi telah dilancarkan oleh Puan Hajah Myshithah bt Mohamad Ali pada 25 April 2010 yang lalu. Program ini bertujuan untuk mencegah penyalahgunaan dadah sekolah rendah yang memberi pengetahuan kepada murid sekolah dari semasa ke semasa. Ia bermatlamat melahirkan generasi yang bebas dadah selari dengan matlamat kerajaan supaya Sekolah Bebas Dadah menjelang Tahun 2012 dan Negara Bebas Dadah menjelang Tahun 2015.
Antara pertandingan yang dijalankan :-
i)Pertandingan Melukis Poster
Pertandingan ini dijalankan kepada murid-murid tahap 2 tahun 4 hingga tahun 6. Aktiviti ini mendapat kerjasama daripada panitia Pendidikan Seni Visual. Masa pertandingan adalah semasa P&P waktu Pendidikan Seni Visual. Penyertaan adalah terbuka semua kelas.
ii)Pertandingan Mewarna
Pertandingan Mewarna dijalankan bagi murid tahap 1. Aktiviti ini juga berlangsung pada masa P&P Pendidikan Seni Visual tahun 1 hingga 3.
iii)Pertandingan Buku Skrap
Pertandingan ini dijalankan kepada murid-murid tahap 2. Pertandingan ini dijalankan secara berkumpulan seramai 5 orang.
iv)Pertandingan Jigsaw- Puzzle
Pertandingan ini dijalankan dengan kerjasama daripada Unit Ko-kurikulum.
v) Kuiz
Kuiz dijalankan secara bertulis dan pemenang ditentukan dengan membuat cabutan dan mendapat kerjasama daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling
vi) Ceramah
Ceramah telah disampaikan oleh Penyelaras PPDa sekolah.Ia dijalankan bersama dengan program PROSIDAR iaitu Program Sifar Dadah. Ceramah ini diadakan pada waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan juga ketidakhadiran guru. Program ini meliputi semua tahun.
vii) Pertandingan Esei Bahasa Melayu
Pertandingan ini terbuka kepada murid tahap 2. Pertandingan ini mendapat kerjasama daripada Panitia Bahasa Melayu
viii) Pertandingan Esei Bahasa Inggeris
Pertandingan ini juga terbuka kepada murid tahap 2. Pertandingan ini mendapat kerjasama daripada Panitia Bahasa Inggeris.
0 comments:
Post a Comment