Saturday 9 July 2011

Sambutan Isra' & Mi'raj 1432H/2011M














 Tarikh: 10 Julai 2011
 Hari : Ahad
 Masa: 7.30 -9.45 pagi
Tempat : Dewan Gemilang

Program Isra'dan Mi'raj yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam merupakan salah satu daripada Hari Kebesaran dalam Islam yang perlu diberi pendedahan dan pemahaman kepada semua warga sekolah.
Sambutan ini bertujuan membantu warga sekolah memahami dan menghayati peristiwa yang berlaku dan mengambil iktibar daripadanya.

Selain daripada itu ia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cintakan agama, memahami dan mendalami pada setiap masa serta mengetahui tentang mukjizat yang Allah swt kurniakan kepada para nabi dan Rasulnya.

Sambutan Isra dan Mi'raj peringkat sekolah telah dirasmikan oleh Pn Guru Besar Pn Hjh Myshithah binti Mohamad Ali bertempat di Dewan Gemilang SKBB. Majlis ini bermula pada 8.00 dan berakhir pada 9.45 pagi. Antara pengisian adalah Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Wan Khairul Anuar bin Wan Mohamad Imam Besar Masjid Jamek Kg Besut, Kuiz spontan yang dijalankan oleh Ustaz Ahmad Rozali bin Wahab dan Ustazah Zaliha binti Mohamad.

0 comments:

Post a Comment