Saturday 6 August 2011

Kem Kecemerlangan Upsr Di Cermin Kiri, Veterinar...

Kem Kecemerlangan UPSR bagi murid tahun telah diadakan di Cermin Kiri, Veterinar Jerangau pada 19 hingga 21 April..Kem ini melibatkan murid seramai 69 orang yang terdiri daripada murid elit, sederhana dan lemah.Ia berlangsung selama 3 hari 2 malam. Matlamat utama program ini adalah meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah murid-murid dan mengapai kecemerlangan dalam UPSR. Di samping itu, program ini bermatlamat meningkatkan bilangan murid yang mendapat 5A dan juga peratus minimum C/lulus semua. Antara aktiviti yang dijalankan adalah teknik menjawab soalan, slot motivasi dan juga slot pencegahan dadah. Teknik menjawab soalan telah diberikan oleh guru-guru matapelajaran yang sememangnya berkebolehan. Slot motivasi telah disampaikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah manakala slot pencegahan dadah oleh Penyelaras PPDa sekolah. Diharapkan agar kem ini dapat memberikan pengetahuan yang berguna kepada murid sebagai motivasi dalam menghadapi peperiksaan UPSR kelak
Cg Hadi memberi taklimat sukaneka


Lari....jangan berebut











































Penerangan daripada Cg Mazuki


0 comments:

Post a Comment