Monday 8 August 2011

ihya ramadhan

Panitia Agama Islam SK Bukit Besi telah melancarkan program Ihya Ramadhan pada 7 Ogos 2011 di Dewan Gemilang.Program ini dirasmikan oleh Pn Guru Besar. Penyelaras program adalah Ust Ahmad Rozali b Wahab.Program ini sarat dengan aktiviti-aktiviti kerohanian yang mana ia memberi pendedahan, pengajaran dan penghayatan kepada warga sekolah khususnya murid-murid bagi melaksanakan tugas sebagai hamba Allah dengan penuh ikhlas dan tawadhuk kepada Allah swt. 
Antara program yang dianjurkan adalah tadarus al quran, bacaan ayat-ayat lazim, kuiz ceramah dan berbuka puasa bersama murid sekolah. Sambutan kali ini lebih bermakna dengan pemberian buah kurma kepada semua murid. Terima kasih kepada pihak yang menyumbang buah kurma untuk berbuka puasa.
Antara objektif program ini adalah bertujuan untuk mengetahui kelebihan bulan Ramadhan, mencontohi puasa Rasulullah dan bertujuan melahirkan warga sekolah ke arah insan yang lebih sempurna.
Proram ini bertemakan 'Mnesyukuri Nikmat Allah s.wt.






































0 comments:

Post a Comment