Tuesday 23 August 2011

Tahniah kepada Guru Besar

Warga sekolah SKBB mengucapkan ucapan tahniah kepada  Puan Hajah Myshithah binti Mohamad Ali Guru Besar atas pelantikan Guru Besar Cemerlang DGA38. Majlis penyerahan Surat Tawaran Guru Besar Cemerlang berlangsung 11  Ogos yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Alamada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Penyerahan  Surat Tawaran Pemangkuan Guru Besar Cemerlang telah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu En Razali bin Daud.Semoga dengan pengiktirafan ini akan menyemarak dan melonjakkan lagi prestasi SKBB sebagai sekolah yang disegani seiring dengan aspirasi "Melestarikan pendidikan Terbilang" di negeri Terengganu Anjung Ilmu.

0 comments:

Post a Comment